Sunday, September 5, 2010

misi kek raya berjaya

lega hati ini setelah berjaya menyiapkan kek untuk dibawa pulang ke kelatan. hari ni papa full time menjaga syaurah, so dapatler aku mem'baking' dengan hati tenang dan nyaman. 1st aku buat brownies with chocolate glaze.
berkilat my choc glaze

sementara menunggu brownies masak sendiri dlm oven, aku pun usaha membuat kek batik jawa. tidak lengkap jawa dalam diri ini jika tak pandai masak kek batik jawa.
kek batik disimpan dalam fridge untuk kasik keras, mudah dipotong n sodap dimakan

baking is a therapy for some. tapi hati ini memang gembira setelah kek siap.

Saturday, September 4, 2010

misi kuih raya berjaya

alhamdulillah... berjaya juga aku menyiapkan 2 jenis kuih raya iaitu chocolate chip cookies dan biskut mazola. perancangan asal ialah, papa babysit syaurah sementara mama membakar kuih.tapi pukul 10 pagi hospital call sbb papa standby kerja OT. jadi papa tak aci.mama jaga echah sambil buat kuih. tangan ini pantas sahaja sekejap pegang butter sekejap lap mulut echah sekejap terap kuih sekejap susukan echah wah wah konon nye super momma la padahal x langsung.
                                                    mama, can i have one of those??

               my choc chip cookies, biskut mazola tak sempat amek gambar sbb echah semakin cranky

Untuk berbuka,mama masak spaghetti carbonara. ergh sekali lupa taruk oregano so kureng rasa italy.

Friday, September 3, 2010

possible ke angelina jolie after delivery?

challenging.
first 40 days of syaurah.
echah memang banyak menangis. mama dah tukar pampers, dah bagi susu, dah dukung, tapi still nangis. kalo nak tidurkan echah pun mama kena dukung n berjalan laju2 keliling rumah baru echah nak tidur. tu pun tido 20 minit je max.pastuh terbangun terus nangis jerit2. adakah sbb mama banyak nangis masa pregnant? so aisyah pun nak ikut perangai mama ke?
Malam pun takmau tidur. pukul 12 plg awal.mama n papa try tidokan echah start pukul 8. the worst night masa echah kene colic, sepanjang malam echah nangis. papa marah mama sbb dukung echah salah,mama pun nangis jugak. mama marah papa sbb papa nak bawak echah gi klinik pukul 2 pagi, mama nangis lagi. bergaduh je selalu. ditambah pula kadang-kala ada campur tangan pelbagai pihak, stress tak terkata.
Waktu berpantang memang sgt mencabar. since kita dalam keadaan 'kotor', tak dapat solat, hati ni tak tenang, rasa keliru, rasa menyesal, dan perkara negatif lain. plus, keadaan fizikal yg blm sembuh slps caesar, bergerak banyak pun xbuleh sbb still sakit.
Alhamdulillah, papa very supportive walaupun aseknya bergaduh nggg. papa tolong jaga aisyah,tukar pampers.. malam2 masa aisyah nak susu pun papa bgn sekali utk tolong mama position, walaupun papa kerja, tapi papa sanggup berjaga sampai 4 pagi untuk teman mama masa aisyah colic.semasa di wad papa mandikan mama, cuci pakaian mama, mama tau papa ada byk tekanan semasa mama berpantang, tapi papa bersabar saja..bertuahla kan sbb dapat papa.
Aisyah colic sgt teruk.
tanda2 colic:
-perut baby keras.
-sering mennggenggam tangan
-kaki ditarik ke dada semasa nangis
-menangis dan menjerit tanpa henti
-tak buleh tido

tips to ease colic:
-urut perut baby dari atas ke bawah
-dukung n dakap baby erat, so dia calm la
-burp after every feeding
-tiarapkan baby, so dia buleh keluarkan angin
-some mummys bagi gripe water, tp mama nak exclusively breastfeeding aisyah,so tak try la.
-for bottle-fed baby, use anti-colic bottle spt avent atau MAM

after 2 months, my aisyah dah tak pnah kena colic lagi yeay!! so mama n papa tidur malam lena dan ada masa berface book.

y colicky baby?
-mama eats gassy food (broccoli, mushroom...)
-baby cries alot (angin masuk dalam perut)
-baby tak diburp kan oleh mama after feeding

new mothers should expect this and be prepared.

Wednesday, September 1, 2010

echah selamat dicucuk nurse

today started badly. echah jatuh katil! mama n papa fully responsible. slps sahur mama sdg susukan echah sekali mama tertidur tak sedar echah guling2 dah smpi ujung katil. papa pula sdg menulis atas lantai pun laa terlampau konsentret smpi tak sedar anaknya ibarat gymnast pdhal baru 6bln.tiba2 dgr echah nangis,dia dah terduduk atas lantai. syukur sgt dia tak jatuh kepala dulu. but still, since dia jatuh duduk takut spine dia sakit.dia nages sekejap saja n ketawa balik.we have to send her to doctor kalo dia muntah banyak n berkelakuan pasif dlm tempoh 48hrs.setakat ni, alhamdulillah echah grand sahaja.alangkah cuainya mama n papa echah.so malam ni kiterg start tido atas toto saja lah since we want to c0-sleep bersama echah (plus crib too expensive di kala musim raya , duit mengalir ibaratnya air sungai)

mama pm off hari ni sbb echah's appointment utk 6-mo jab. nasib baek papa on call so half day saje hr ni so papa lah memegang echah sms nurse cucuk.echah menjerit sekali saja n kemudian tersengih2. nurse advised to start solid food since echah dah 6 bln.aku berat hati juga sbnrnya.breastfeeding is a wonderful bonding between me n echah n its too painful to admit that now she can live w/o me (maksudnya kalo mama gi kursus lama2 pun xpe,papa boleh bagi echah makan bubur n tambah expressed breast milk mama sikit je.). so i thing sooner or later, after raya kot, still kene bagi echah makan.

malam nih mama n echah tidur berdua sbb papa kerja. wah wah papa gi kerja dgn senyuman lebar sbb mama bekalkan ikan terubuk untuk sahur pagi ni kekeke.i love you papa muah2

ini adalah muka echah baru bgn tido. blur sangat lah tuh.